Salam ...sjer je p0st sbb da b0san gyle ..he3
pd sape2 yg bce ,h0pe bley bg k0men yer ...
tengs ....=)
SAHABAT ATAU CINTA?
Peluh tak henti-henti mengalir dari tubuh Nurisya.Walaupun alat penghawa dingin terpasang di biliknya tapi hangatnya terasa bagai berjemur dibawah sinaran mentari.
Nurisya masih lagi tergamam merenung wajah sahabat karibnya,Aina.Bibirnya seakan terkunci.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.Pengakuan tulus ikhlas dari Aina membuatkan Nurisya terkejut.
Diulang-ulang semula ayat yang dilafazkan sahabatnya itu.
“Isya…Aku cintakan Am.Aku sayang dia.Aku tahu dia best friend kita,tapi aku tak mampu nak tolak rasa hati aku.I’m really love him…” Nurisya menelan air liur.Pahit.
“Isya…Kenapa kau senyap je?Say something.” Desak Aina bila melihat Nurisya masih lagi diam seribu bahasa.
“Kau terus terang je dengan dia…” Nurisya bersuara.Dia cuba untuk kuatkan diri untuk mengucapkan kata itu.
Memang mereka berkawan baik.Sejak dari sekolah menengah lagi.Tapi,bila menjejakkan kaki ke university,mereka mula berkenalan dengan Ilham.
Mungkin disebabkan mereka mengambil course yang sama menyebabkan hubungan mereka bertiga agak rapat.
Ilham…Pemuda kelahiran negeri sembilan yang memiliki susuk tubuh yang tinggi dan sasa.Wajahnya yang agak menarik dengan mata yang memikat disebalik kaca mata yang tergantung kemas dengan bantuan hidungnya yang mancung.
Namun,sekarang bukan masanya untuk menceritakan tentang kekacakan pemuda itu.Luahan hati Aina lebih menarik minatnya saat ini.
Suara Aina yang terkeluar menghentikan lamunan Nurisya.
“Aku malu nak terus terang dengan dia.Kalau dia tolak cinta aku,macam mana? Bengang aku nanti…Kau tolong cakap kat dia bagi pihak aku,boleh tak?” Nurisya tersentak.Permintaan Aina dirasakan terlalu berat menghimpit diri.
“Tapi….” Belum sempat Nurisya bersuara Aina pantas memotong.
“Please Isya.Kau tolong aku ye.Please………..” pohon Aina sambil menyusun sepuluh jari.Nurisya mengeluh perlahan.
“Aku fikirkan dulu ye….” Perlahan suara Nurisya kedengaran.Aina tersenyum lantas mengangguk.
“Thanks,Isya…” Aina mengucup pipi Nurisya lantas berlalu keluar dari kamar itu meninggalkan Nurisya sendiri.
Apa yang harus aku lakukan,Ya Allah?Nurisya berjalan mundar-mandir disekitar bilik.Nafas ditarik sedalam-dalamnya.Cuba untuk bertenang.
Nurisya melangkah menghampiri jendela.Dipandang ke luar.Hujan lebat membasahi bumi.Namun,hujan yang turun itu,belum cukup meredakan hati dan perasaannya.Terimbau kembali kenangan 2 minggu yang lalu.
“Isya…Sebenarnya,tujuan Am panggil Isya ke sini sebab Am nak cakap something yang very important..” Ilham memulakan bicara.Nurisya menoleh.
“Sebenarnya….Am dah lama sukakan Isya.Sejak pertama kali kita jumpa lagi, Am dah mula jatuh hati pada Isya.Am sayangkan Isya lebih dari seorang kawan.Sudi tak Isya jadi kekasih Am?” Nurisya terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulut Ilham.
Sangkanya,Ilham memanggilnya karana ada urusan tentang pelajaran.Ternyata, apa yang didengarnya jauh menyimpang dari apa yang difikirkan.
“Isya….Isya dengar tak apa yang Am cakapkan ni?” soalan Ilham mematikan lamunan Nurisya.Dia merenung wajah Ilham.Mencari kebenaran pada kata-kata pemuda itu.
Tidak dinafikan,pengakuan Ilham membawa secebis kebahagiaan pada dirinya. Ingin saja dia menerima lamaran pemuda itu tapi,entah bagaimana untuk mengucapkannya..Bingung!!
“Isya….Sudi tak?” Nurisya tersenyum kecil sebelum mengangguk lantas wajahnya ditundukkan.Ilham tersenyum girang.
“Betul ni?” soal Ilham tidak percaya.Nurisya mengangguk lagi.Malu untuk memandang Ilham.Yakin dengan perasaannya yang turut menyintai Ilham setulus hati.
“Thanks Isya.Am tak sangka Isya akan terima Am….” Ilham bersuara lantas mencapai tangan Nurisya dan mengenggamnya kemas.
“Tapi,kalau boleh,Isya nak kita rahsiakan perkara ni…” Nurisya bersuara setelah agak lama berdiam.
“Ok sayang.No problem.Beres boss……” Ilham mengangkat tabik hormat dan mereka sama-sama tertawa.
Nurisya makin resah.Dilabuhkan punggung dibirai katil.Apa yang sewajarnya dilakukan?Aina,sahabat yang paling disayangi jatuh cinta pada pemuda yang sangat dicintai.Ya Allah,dugaan apakah ini?Kenapa aku yang harus menghadapinya?
Aku tak kuat untuk menghadapi dugaan seberat ini Ya Allah.Kau bantulah hambaMu ini.Berikanlah secebis ketenangan pada jiwaku ini,Ya Allah…..pinta Nurisya penuh mengharap.
Pantas dia melangkah ke kamar mandi.Berwuduk untuk menunaikan solat tahajud dan solat hajat.
Penuh khusyuk Nurisya menyembah Yang Maha Esa.Dia kembali tenang kini dan keputusan sudah diambil.Dan dia tidak akan berundur dari keputusan itu.
Ilham berang.Dicampak beg sandangnya ditepi katil.Cermin matanya ditanggalkan.Dia meraup wajahnya perlahan.Kata-kata yang dilafazkan oleh Nurisya masih terngiang-ngiang di telinganya.
“Am…Isya tak boleh nak teruskan semua ni.Hubungan kita sampai setakat ini je.Mulai hari ni,kita dah tak ada hubungan apa-apa melainkan hubungan persahabatan semata-mata….” Ilham terkejut.
Direnung dalam wajah comel gadis dihadapannya.Wajah itu begitu selamba menuturkan patah-patah kata yang amat mengecewakan perasaannya.
“Tapi kenapa,Isya?Apa salah Am sampai Isya nak putuskan hubungan kita?”
“Am tak salah apa-apa.Cuma Isya tak boleh nak teruskannya.Isya mintak maaf. Walau apa pun,kita tetap kawan.Sekali lagi Isya pohon maaf….” Setelah itu,Nurisya melangkah meninggalkan Ilham.
Ilham menumbuk dinding.Cecair pekat berwarna merah yang mengalir dari celah tangannya dibiarkan jatuh menitis ke lantai.Luka yang ditangannya tidak sehebat luka dihati.Terlalu parah.
Ketukan dipintu biliknya dibiar sepi.Azlan masuk menghampiri Ilham.
“Ya Allah…Am,kenapa ni?” soal Azlan prihatin saat melihat darah mengalir dari tangan Ilham.
“Jom pergi klinik.Teruk luka ni.Darah banyak keluar ni….” Ajak Azlan.Cemas dia melihat darah yang semakin banyak keluar.
“Setakat luka kat tangan ni,apalah sangat kalau nak dibanding dengan luka kat hati aku ni…..” keluh Ilham perlahan.Berkerut dahi Azlan.
“Apa maksud kau?” Azlan tidak mengerti.
“Dahlah.Kau keluar lah.Tinggalkan aku…” pinta Ilham lemah.
“Tapi…”
“Please Lan.Aku nak bersendirian.Leave me alone…” Azlan terpaksa akur dengan permintaan Ilham lantas melangkah keluar meninggalkan kamar itu.
“Isya….Kau ok?” perlahan-lahan Aina menghampiri Nurisya yang sedang terbaring lesu.
Nurisya tersenyum sebelum mengangguk. “Aku ok.Kau janganlah risau…” ujar Nurisya perlahan.Kepalanya terasa berat.
Aina duduk berhampiran Nurisya dan melekapkan tangannya didahi gadis itu. Nurisya ingin menepis tapi dia tiada kudrat untuk melakukannya.
“Ya Allah.Panas sangat ni.Kau demam lah Isya.Nanti aku ambilkan ubat ye…” ujar Aina lantas ingin berlalu tapi ditahan Nurisya.
“Tak payahlah.Aku tak apa-apa pun.Sikit je ni.Nanti baiklah.Kau jangan risau ea…”
Aina kembali menghampiri Nurisya.Dicapai tangan Nurisya dan digenggam erat.
“Na…Kalau apa-apa jadi pada aku,kau janji dengan aku.Jaga diri kau baik-baik, janji yang kau akan teruskan cita-cita kita…Boleh?” Aina tersentak.
“Isya…Kau demam je.Jangan cakap yang bukan-bukan.” Keras suara Aina.
“Kan kita dah janji untuk sama-sama berjaya dan capai cita-cita kita.Kau ingat lagi kan janji kita?Jangan tinggalkan aku Isya…” Aina menangis teresak-esak.
“Aku ingat lagi janji kita,Na.Tapi,takdir tuhan,kita tak tahu.Andai kata apa-apa jadi pada aku,janjilah dengan aku.Janji yang kau akan teruskan cita-cita kita,Na.Janji dengan aku.Please…..” rayu Nurisya penuh mengharap.
Mengalir juga air mata yang sejak tadi ditahan-tahan.Tiba-tiba dia jadi sebak sendiri.
“Aku janji.Aku janji,Isya…” sungguh-sungguh Aina bersuara.
“Aku doakan,kau akan bersatu dengan Am walaupun waktu tu,aku tak ada disisi kau.Aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.Susah nak cari lelaki sebaik Am dalam dunia sekarang ni,Na.So,aku harap,kau dapat jaga dia baik-baik.
Aku mintak maaf.Aku tak dapat nak tunaikan permintaan kau untuk bagitahu Am tentang perasaan kau.Aku harap,kau dapat luahkan sendiri tentang apa yang kau rasa pada Am.Itu yang terbaik.Kalau kau betul-betul cintakan dia,kau mesti akan dapat bersama dengan dia.
Kau mohonlah pada Allah supaya Dia permudahkan segalanya.” Bicara Nurisya panjang lebar.Esakan Aina semakin kuat.
“Isya…Jangan cakap macam tu.Kau cakap seolah-olah,kau nak tinggalkan aku. Jangan tinggalkan aku,Isya…” tersekat-sekat suara Aina.
Nurisya mengusap perlahan wajah sahabatnya sebelum menyapu air mata yang mengalir dipipi Aina.
“Janji dengan aku yang kau tak akan menangis lagi ye.This is last…” pinta Nurisya.Aina hanya mengangguk beberapa kali.
Nurisya menguatkan kudratnya untuk duduk dan bersandar ditepi katil lantas menarik Aina dalam pelukannya.
“Isya…Am masih tak puas hati.Am nak tahu apa salah Am sampai Isya putuskan hubungan kita.” Nurisya kaku.Tidak langsung terniat untuk memandang Ilham saat ini.Dikhuatiri,air matanya akan tumpah.
Hari ni,dia kembali mengikuti kuliah walaupun Aina melarang keras.Tambahan pula,dia masih lagi demam.Namun,terasa sayang kalau dia tidak ke kuliah hari ini.Entah mengapa,dia sendiri tidak tahu.
“Isya…Pandang Am..” Ilham pantas memusingkan tubuh Nurisya untuk mengahadapnya.Dan dia terpaku sejenak demi melihatkan wajah Nurisya yang pucat. Kalau ditoreh,pasti tidak berdarah.
“Kenapa muka Isya pucat ni?Sakit ke?” soal Ilham prihatin lantas tangannya menyentuh dagu Nurisya.Namun,pantas ditepis Nurisya.
“Isya sihat.Tak sakit pun.Am…Urusan kita dah lama selesai.Isya tak nak ungkit lagi hal tu…” ujar Nurisya lantas ingin berlalu.
Ilham menyambar lengan Nurisya.Enggan membenarkan gadis itu untuk pergi.
“Tapi kenapa Isya?Am nak tahu apa sebabnya…Please….” Pohon Ilham sambil meramas-ramas lembut jari Nurisya yang berada digengamannya.
“Am…masih ramai lagi perempuan yang ada.Masih ramai lagi yang menyintai Am terutamanya Aina.Aina tu dah lama sayangkan Am.Am terima jelah Aina dalam hidup Am.Isya mintak maaf sebab Isya tak dapat terima Am…” Ilham tersentak.
“Jadi,semuanya sebab Aina?!” jerkah Ilham.Nurisya tersentak.
“Isya….Am cintakan Isya.Bukan Aina.Am tak akan terima mana-mana perempuan selain Isya…” putus Ilham.
“Am….Isya….” tersekat-sekat suara yang memanggil nama mereka berdua. Mereka pantas menoleh.Aina sedang berdiri dihadapan mereka.Air mata sudah bergenang dikelopak matanya menunggu masa untuk jatuh berderai.
Nurisya pantas menarik tangannya yang berada dalam pegangan Ilham.
“Isya….Aku tak sangka kau…” Aina pantas berlari meninggalkan tempat itu. Dia tidak kecewa kerana Nurisya dan Ilham saling menyintai tapi terkilan dan sedih kerana Nurisya sanggup berkorban untuknya.Sanggup menepikan perasaan sendiri demi dirinya.
Dia tidak dapat terima semua itu.Dia tidak kisah andainya mereka berdua saling menyintai.Tapi,tindakan Nurisya yang merahsiakan segalanya dan bertindak sendiri membuatkan dia terkilan.
“Aina!!...” laung Nurisya lantas mengejar Aina.Dia harus menjelaskan segalanya kepada Aina.Ilham turut sama mengejar.
“Aina!!!Dengar dulu!!!” pinta Nurisya.Dia sudah tidak kuat lagi untuk berlari. Aina sudah menghampiri jalan raya.Nurisya menguatkan kudratnya untuk berlari.
“Aina!!!” pantas tubuh Aina ditolak ke tepi jalan.Dan satu bunyi yang amat kuat kedengaran dan mengejutkan orang ramai.
Aina menoleh ke tengah jalan raya.Dia tergamam.Tubuh Nurisya terbaring lesu dipenuhi dengan darah.Dia pantas berlari ke arah Nurisya.Dipangku kepala Nurisya. Ilham yang baru tiba terpaku sejenak sebelum jatuh terduduk disamping Nurisya.
“Isya….Maafkan aku…” hanya itu yang mampu Aina ucapkan.Air mata tidak dapat ditahan lagi.Hangat membanjiri pipinya.
“Na,ingat jan…ji kau pa..da aku.Ma..afkan se…ga..lanya…” pinta Nurisya tersekat-sekat.
“Isya…Jangan tinggalkan Am,sayang.Am cintakan Isya…” Ilham mengenggam erat tangan Nurisya.Menitis juga air mata lelakinya.
Nurisya mengeluarkan sampul dari poket baju kurungnya lantas menyerahkannya kepada Ilham.
Aina menangis teresak-esak.Nurisya menghadiahkan senyuman paling manis buat dua orang yang disayanginya.
Nurisya mencapai tangan Aina dan meletakannya diatas tangan Ilham.Dia tersenyum manis sebelum akhirnya tangannya terkulai layu.Mata Nurisya terpejam rapat. Ilham sebak.Diraup wajahnya perlahan sebelum air matanya disapu.
“Innalillahi wa innalillahiroji’un….”
“Aina…Jom balik.Dah lama sangat Aina dekat sini…” ajak Ilham.Aina masih kaku.Dia belum terniat untuk berganjak dari pusara Nurisya.Terasa seperti baru semalam mereka bergurau senda,bergelak tawa.Hari ini,Nurisya telah meninggalkannya.
Kiranya aku tak lari semalam,mesti Isya masih ada lagi sekarang ni… bisik Aina. Isya,aku akan tunaikan segala janji-janji aku pada kau.Tenanglah kau disana wahai sahabat.Aku sentiasa mendoakan kesejahteraanmu.Semoga kau ditempatkan ditempat yang mulia disisi Allah….Terima kasih atas pengorbananmu….
Aina pantas melangkah meninggalkan pusara Nurisya yang masih merah.Ilham mengekori dari belakang.Sempat dia menoleh ke arah pusara Nurisya.Teringat isi kandungan surat yang diserahkan oleh Nurisya semalam.
Assalamualaikum…
Am,saat Am membaca surat ni,mungkin Isya sudah tiada lagi didunia ni.Pertama sekali,Isya nak minta maaf andainya Isya mengecewakan Am.Isya tak berniat untuk berbuat begitu.Mungkin takdir sudah menentukan,kita tiada jodoh.Apa-apa pun,Isya ucapkan terima kasih kerana sudi menyayangi diri Isya sepenuh hati.Isya doakan,Am akan dapat pengganti yang jauh lebih baik dari Isya.Aina terlalu menyintai Am.Kiranya Am dapat menyintai Aina sebagaimana Am menyintai Isya,Isya akan lebih berbahagia.Sekali lagi,maafkan Isya atas segala-galanya.Satu yang Am perlu tahu,Isya tetap menyintai Am sepenuh jiwa.Hanya Am yang pertama dan terakhir dalam hati Isya.Hanya kau Ilhamku……
Yang tulus ikhlas,
Nurisya Azman.
Isya…Am akan cuba menyintai Aina seperti mana yang Isya inginkan.Namun, cinta Am pada Isya tetap Am simpan dilubuk hati yang paling dalam.Dia seolah-olah ternampak Nurisya di satu sudut.Dengan berpakaian serba putih,wajah gadis itu sungguh suci dan tersenyum memandangnya.
Lantas,gadis itu terus menoleh dan hilang dari pandangan.Selamat tinggal, sayang……..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment